Sunday, 18 September 2011


Perbandingan Kosmologi Tamadun Cina dan Tamadun
Iban Berdasarkan Mitos dan Falsafah: Tumpuan kepada
Aspek Hubungan Manusia dengan Alam Semesta

Abstrak
Kertas kerja ini ingin membincangkan hubungan manusia dan alam semesta tamadun
Cina dan tamadun Iban melalui perspektif mitologi dan falsafah. Melalui mitos-mitos
yang ditemurunkan sejak zaman kuno, kita dapat membuat penelitian tentang cara
penduduk tamadun Cina dan Iban menjelaskan kewujudan alam universal, manusia
serta segala fenomena alam semulajadi yang telah berlaku. Mitos-mitos tersebut
walaupun penuh dengan unsur-unsur khayalan dan mistik, tetapi ia dapat memberikan
kita suatu gambaran tentang pandangan asas manusia primitif serta perhubungan dan
kedudukan manusia dengan alam semulajadi. Selepas perbincangan asas kosmologi yang
berdasarkan mitos-mitos tertentu, kertas kerja ini cuba membuat penelitian ringkas ke
atas hubungan manusia dengan alam semesta dalam konteks falsafah, yang juga
merupakan pengalihan kosmologi asas tamadun Cina dan Iban dari peringkat primitif
kepada peringkat yang lebih kompleks dan rasional.

Biodata
Ho Kee Chye,

penyelidik dan pensyarah dari Pusat Pengajian Etnik Malaysia, Kolej New
Era. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) , Universiti
Malaya pada tahun 2008 dan Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Timur), Universiti
Malaya pada tahun 2000. Minat penyelidikan beliau termasuk bidang pengajian
peradaban Asia Timur, pengajian zaman pendudukan Jepun di Malaya dan pengajian
etnik Cina di Malaysia.

Perbandingan Kosmologi Tamadun Cina dan Tamadun
Iban Berdasarkan Mitos dan Falsafah: Tumpuan kepada
Aspek Hubungan Manusia dengan Alam Semesta
 Ho Kee Chye
1. Pendahuluan
Kehidupan manusia tidak dapat terpisah daripada alam semesta, namun cara manusia
memandang dan melayani alam semesta telah melahirkan nilai serta kebudayaan tamadun
masing-masing. Hakikatnya, kosmologi sesebuah tamadun adalah berbeza, dan nilai-nilai
atau ideologi-ideologi ketamadunan yang dipegang oleh tiap-tiap tamadun juga adalah
berlainan. Oleh itu, Kertas kerja ini cuba membincangkan kosmologi tamadun Cina dan
Iban dari dua perspektif, iaitu dari perspektif mitologi dan falsafah, dengan merujuk
kepada hubungan manusia dengan alam semesta kedua-dua tamadun ini.
Setiap tamadun mempunyai mitos masing-masing. Mengikut definisi Kamus Dewan,
mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi
unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku
bangsa, kejadian-kejadian alam dan sebagainya (2007: 1037).
Mitos merupakan warisan kerohanian yang berharga dari sudut sastera dan budaya.
Kebanyakan mitos ditemurunkan secara naratif dari satu generasi ke generasi yang lain.
Mitos telah memperlihatkan daya kreativiti nenek moyang manusia yang penuh imaginasi,
romatik dan mistik. Walaupun kandungan mitos tidak mudah dipercayai, namun ia telah
memanifestasikan semangat dan pandangan dunia yang paling asas bagi sesebuah bangsa
atau tamadun. Oleh yang demikian, mitos dapat dikatakan melambangkan semangat atau
jiwa sesebuah tamadun dalam usaha mengenali dunia yang mereka tinggal dan
kesungguhan mereka menyelesaikan masalah dunia yang tertimbul. (TaoYang & Zhong
Xiu, 1990: i)

Dalam usahan mengenali dunia, kerangka pemikiran atau sistem kepercayaan yang
asas akan terwujud. Hal sedemikian menunjukkan sesebuah tamadun sedang mengalami
peralihan dari suatu peringkat yang primitif kepada peringkat yang lebih rasional. Ini
adalah kerana kerangka pemikiran atau sistem kepercayaan tersebut akan menggariskan
asas nilai dan estetika indvidu kepada asas masyarakat dan kemajuan sosial.

2. Mitos Tentang Penciptaan Alam Semesta dan Kewujudan Manusia

Tao Yang & Zhong Xiu telah membuat koleksi mitos Cina (lebih daripada 200 buah
cerita) dan membahagikannya kepada 12 kategori yang merangkumi mitos penciptaan
universal, mitos asal usul manusia, mitos wira, mitos raja dan sebagainya. (1990: 6-11)
Koleksi mitos yang serba banyak ini telah menunjukkan kekayaan dan kepelbagaian
tamadun Cina.

kaum Iban berpendapat bahawa mitos merupakan salah satu corak
sastera rakyat atau sastera naratif yang tertua, dan merupakan juga sumber terpenting
dalam kajian tentang kosmologi Iban.
Beberapa buah contoh mitos di Nusantara untuk menunjukkan kosmologi Iban Asli
yang bersifat dualisme.



     Oleh yang demikian, perbincangan selanjutnya akan tertumpu kepada mitos
penciptaan alam semesta atau universal dan mitos kewujudan manusia di tamadun Cina
dan tamadun Iban.



2.1 Penciptaan Alam Semesta / Universal

    Alam semesta, atau dikenali sebagai universal, merupakan suatu bidang yang luas
dan jauh daripada pengetahuan manusia kuno, bahkan manusia kini. Kekurangan
pengetahuan sains dan teknologi mengakibatkan manusia menggunakan ilmu yang sedia
ada dan terhad untuk menjelaskan fenomena atau kejadian alam yang telah berlaku di
sekelilingnya. Untuk memunasabahkan penjelasan mereka, maka peminjaman
unsur-unsur ghaib merupakan satu cara penyelesaian yang paling sesuai. Berikut
merupakan beberapa contoh mitos tamadun Cina dan Iban tentang penciptaan
universal.


(i) Tamadun Cina

Di China, dipercayai bahawa dunia pada asalnya adalah berbentuk telur. Di dalam
telur tersebut hanyalah segala campur-campuran dan kekaburan. Seorang tokoh yang
bernama Pan-gu telah dilahirkan di antaranya. Pan-gu telah memecahkan kerangka telur
mengakibatkan bahagian kerangka atas berkembang menjadi langit dan bahagian
kerangka bawah telah menjadi bumi. Campuran yang terang dan ringan di dalam telur
telah berkembang menjadi udara dan awam, manakala campuran yang berat jatuh ke
bawah menjadi tanah. Pecahan-pecahan kerangka telur yang tercampur dengan campuran
berat bertukar menjadi batu-batuan, manakala pecahan yang tercampur dengan campuran
ringan bertukar menjadi bintang. Dua pecahan kerangkan telur yang besar pula bertukar
menjadi matahari dan bulan. Sejak itu, terwujudnya langit dan bumi, pagi dan malam.
Selepas Pan-gu mati, badannya bertukar menjadi gunung Kunlun dan rohnya menjadi
dewa petir. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990:1)
Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa selepas Pan-gu mati, matanya bertukar
menjadi matahari dan bulan; rambut dan jangutnya bertukar menjadi bintang; nafas darimulutnya menjadi angin dan awan; bunyinya menjadi petir, darahnya menjadi sungai dan
sebagainya. Roh dan semangat Pan-gu pula melahirkan manusia serta segala haiwan,
burung dan serangga di dunia. Dengan itu, maka wujudnya dunia sekarang. (TaoYang &
Zhong Xiu, 1990: 8-10)


(ii) Tamadun Iban

  menerusi mitos orang Iban, mereka percaya dunia dan manusia sekarang
adalah dicipta oleh dua ekor burung dewa yang bernama Ara dan Irik. Pada masa dahulu,
berlaku kebanjiran yang besar di alam dunia,dan telah memisahkan kaum iban dari
dunia dewa-dewi,dan melenyapkan kota purba.Ara dan Irik telah mengeluarkan dua bentuk
pepejal telur dari kebanjiran tersebut dan menukarkan mereka kepada langit dan tanah.
Ara dan Irk kemudiannya menciptakan gunung,-ganang, sawah padi, sungai dan tanah
pamah. (Ling Ching Ching, 2005: 117-118)
Selain daripada mitos tersebut di atas, terdapat versi lain yang popular di kalangan
orang Iban.Orang Iban juga percayai bahawa dunia ini dicipta oleh Raja Entala dan
isterinya. Mereka menggunakan kotoran badan mereka untuk menciptakan langit dan
bumi. Disebabkan bumi lebih besar daripada langit, Raja Entala terpaksa memanpatnya
menyesuaikan langit. Akibatnya, wujudlah gunung, bukit, lembah, sungai dan pamah.
Kemudian tertumbuhnya paku pakis, pokok, bunga dan rumput. (Ling Ching Ching, 2005:
118).Dan suku kaum Iban juga mempunyai Al-kitab purba yang tertua di dunia bernama trow.

  Kejadian banjir besar dunia telah menyebabkan kaum Iban telah terpisah dari dunia dewa-dewi.
Menurut pesan dewa-dewi kepada Iban, bahawa dengan cara menyembah atau memuja alam dapat menghubungkan mereka dengan dunia dewa-dewi dan bersatu dengan semangat alam. Upacara tersebut dinamakan miring.


*dunia dewa-dewi kaum iban terbahagi kepada dua iaitu Dunia Panggau Libau ( panggau libau lendat dibiau takang isang , panggau lendat betungkat daun sabang ) dan Gelong ( Gelong batu nakong nyingit nyingong nyimbang nyerabang ) .
*Setelah peristiwa banjir yang menenggelamkan seluruh dunia orang iban telah kehilangan al-kitab purba yang tertua didunia bernama trow.Sebelum itu juga belum ada agama islam,buddha,hindu dan kristian.Sejarah menunjukkan bahawa kaum Iban merupakan kaum yang terawal berhijrah ke Asia Tenggara setelah dihanyutkan oleh banjir besar.


Konsep Taiji
  Dalam tamadun Cina, unsur-unsur dualisme tersebut telah melahirkan konsep Taiji.
Taiji bererti sesuatu yang bersifat universal, dan digunakan untuk menjelaskan perubahan
dunia serta segala kewujudan benda di alam dunia. Taiji adalah prinsip dan displin
kepada semua benda di alam dunia ini, dan selalu berada dalam keadaan bertentangan,iaitu Ying (negatif) dan Yang (positif). Maka segala fenomena dan benda adalah saling
kait mengait dan saling tentang menentang, seperti wujudnya kelahiran tentunya ada
kematian. Ini merupakan tatatertib pengedaran alam semesta. Taiji telah memberi
pengaruhan yang dalam kepda aliran falsafah Konfusianisme dan Daoisme di Cina.
Konsep ìTian Ren He Yiî
Ahli falsafah Cina, Zhang Dainian berpendapat bahawa ìTian Ren He Yiî merupakan
salah satu daripada asas kepada budaya tamadun Cina. (2004: 211-222) Oleh itu, konsep
penyatuan manusia dengan alam semesta merupakan satu aspek yang amat penting dalam
aliran-aliran falsafah Cina.
Istilah ìTianî di sini merujuk kepada alam semesta, universal, langit, syugar atau
Tuhan. Oleh itu, untuk menyatukan manusia atau diri sendiri dengan alam semesta,
manusia perlu memupuk dirinya sehingga ke suatu tahap tertentu. Atas konsep ini, aliran
Daoisme telah melanjutkan makna ìTian Ren He Yiî kepada sesuatu skop yang lebih luas,
iaitu membincangkan tentang sifat semulajadi manusia. Daoisme berpendapat bahawa
ìTianî adalah sesuatu yang semulajadi, begitu juga dengan ìRenî (manusia):
ìGiven man, and you have Heaven; given Heaven, and you still have Heavenî
(Zhuang zi, 2009a: ìThe Tree on the Mountainî)
ìHeaven, Earth, and I were produced together, and all things and I are oneî
(Zhuang zi, 2009b: ìThe Adjustment of Controversiesî)
Konfusianisme pula merupakan aliran falsafah yang praktikal. Bagi Konfusianisme,
ìTianî merupakan ketinggian etika dan akhlak dalam universal. Oleh itu,
pengikut-pengikut Konfusianisme harus memupuk sifat semulajadi mereka supaya tidak
dipengaruhi oleh pelbagai nafsu. Dengan hanya memerlihara hati / sifat semulajadi,
manusia boleh mencapai ke tahap ìTian Ren He Yiî yang merupakan ukuran ketinggian
nilai akhlak sesebuah tamadun atau individu.


*Penting: perbandinagan kosmologi tamadun Iban ini juga pernah digunakan oleh kaum melayu untuk menunjukan kosmologi kaum mereka , dan kaum melayu mendakwa bahawa kosmologi kaum Iban adalah kosmologi melayu yang asli.( fakta berikut adalah salah,sebab genetik melayu tiada kaitan dengan kaum iban .Kosmologi asal kaum melayu purba tidak pernah diketahui).

No comments:

Post a Comment